Bicara Ekspres Edisi Khas,
30.41

TIMBALAN MENTERI MOHE : GEDUNG SISWA MISI UTAMA

13 Aug 2020

Bicara Ekspres Edisi Khas

Bicara Ekspress Edisi Khas yang dihostkan oleh Arizal Rahman menampilkan tetamu-tetamu hebat terdiri dari kalangan pembuat dasar, polisi, pakar dalam bidang keusahawan serta usahawan ternama dan terbilang. Antaranya termasuklah di kalangan YB Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pegawai Eksekutif agensi-agensi, anak syarikat kerajaan (GLC), juga CEO dan Pengarah syarikat korporat berjaya dan ternama. Tetamu-tetamu istimewa yang dijemput khas ini bertujuan untuk berkongsi ilmu, visi, idea hebat mereka, pandangan, kupasan dan nasihat berguna untuk dimanfaatkan oleh warga usahawan dan masyarakat keseluruhan. Pelbagai intipati dikongsikan berdasarkan kepakaran masing-masing demi membawa usahawan di negara ini mencapai impian kejayaan mereka bukan saja di peringkat lokal tetapi diharap dapat mendominasi global.

TIMBALAN MENTERI MOHE : GEDUNG SISWA MISI UTAMA

YB Dato’ Dr. Mansor b Haji Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang mempunyai pelbagai pengalaman luas di sektor kerajaan dan korporat tdapat meningkatkan lagi dan membantu Kementerian Pengajian Tinggi memartabatkan siswa siswi yang berminat menjadi usahawan separa dan sepenuh masa dan seterusnya menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya yang profesional.

Isi Utama

Podcast episod kali ini menemubual YB Dato’ Dr. Mansor b Haji Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang mempunyai visi mendalam dalam usaha beliau menjadikan cabang keusahawanan di kalangan siswa siswi sebagai satu kerjaya yang menguntungkan dan profesional. Malah, ianya dapat melatih pelajar-pelajar untuk berdikari dalam dunia keusahawanan sebelum melangkah ke dunia sebenar yang lebih mencabar.

Fakta Menarik

Selaras dengan visi dan objektif kerajaan melalui beberapa kementerian termasuk Kementerian Pengajian Tinggi, adalah sebahagian tanggungjawab kementerian  dalam melatih dan memupuk para usahawan siswa menjadikan budaya keusahawanan sebagai satu cabang kerjaya yang berpotensi untuk diceburi secara serius samada semasa di puncak menara gading atau selepas tamat belajar kelak.

Download

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top