Bicara Ekspres,
21:06

Ep96. Prince Barber dan Restoran Mak Engku terus kukuh dengan membina rangkaian perniagaan

28 Feb 2019

Ep 96. Prince Barber dan Restoran Mak Engku terus kukuh dengan membina rangkaian perniagaan

Dengarkan temubual Bicara Ekspress dalam podcast kali ini dengan pengusaha Prince Barber dan Restoran Mak Engku, Azri yang menceritakan bagaimana menjana dan mengukuhkan rangkaian perniagaan serta kelebihan memiliki rangkaian tersebut.

Key Takeaways

Azri menekankan kepentingan menjaga rangkaian antara pembekal dan pelanggan serta meneruskan kesinambungan rangkaian yang telahpun dibina sedari awal perniagaan Restoran Mak Engku yang dimulakan ibunya. Beliau turut berkongsi kepentingan berpayung di bawah mentor yang tidak lokek dan berkongsi jaringan perniagaan yang dimiliki. Beliau turut menggunakan teknologi untuk membina jaringan perniagaan dan tidak sekadar terhenti di atas talian. Beliau berasakan ego harus dibuang dan perlu berkawan dengan sesiapa sahaja tidak kira jumlah pengikut di media sosial.

Fun Fact

Azri telahpun terlibat dalam perniagaan sejak tahun 2014 dan mengembangkan perusahaan Restoran Mak Engku sehingga mampu berkembang ke tiga lot, manakala Prince Barber telah berkembang kepada enam cawangan sekitar Lembah Klang dan satu di Ipoh.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top