Bisnes Makeover,
43:11

Ep84. Denim Koyak Apa Ada Hal

31 Jan 2019

Ep 84. Denim Koyak Apa Ada Hal

Episod menarik kali ini membawa pendengar kepada dunia fesyen membabitkan denim dengan label ; Tarik Jeans, produk anak tempatan yang bersaing hebat dengan jenama antarabangsa. Pendengar berpeluang mendengar pengalaman pengusaha utama Tarik Jeans termasuk Afiq Iskandar, orang pertama yang menemui label ini yang turut berkongsikan kepayahan dan cabaran sewaktu mengangkat label ke tahap yang telah dikecapi ketika ini.

Key Takeaways

Walaupun bermula dengan modal kecil termasuk perkongsian rakan-rakan, Tarik Jeans masih mampu stabil di pasaran denim dan mempunyai pengikut tegar masing-masing sejak ditubuhkan. Jeans koyak dan blazer mampu menyerlahkan keterampilan sesorang dan itu antara modus operandi Tarik Jeans bagi memasarkan jenama mereka. Tarik Jeans bukan mengejar nama dan keuntungan semata-mata tetapi juga ingin mengangkat jenama tempatan dan mengubah stigma masyarakat kononnya ia tidak mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

Fun Facts

Idea tubuhkan Tarik Jeans ini tercetus pada 2009 sebelum direalisasikan tujuh tahun kemudian termasuk membuat kemunculan di KL Fashion Week. Jenama Tarik Jeans kini berada di tujuh outlets termasuk di KLCC sekaligus membuktikan produk tempatan boleh bersaing dan membawa Jalur Gemilang berkibar di seluruh dunia. Pernah dilabel sebagai jenama denim yang boleh didapati dengan harga yang terlalu murah dan berkualiti sewaktu awal keluarannya.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top