Bicara Ekspres,
09:42

Ep84. 8 Tips Supaya Bisnes Kekal Lama

23 Jan 2019

Ep 84. 8 Tips Supaya Bisnes Kekal Lama

Jika selama ini kita banyak berkongsi pengalaman usahawan luar dalam Bicara Ekspres, namun episod terbaru yang mengetengahkan topik ‘Bisnes Syok Sendiri’ ini agak berbeza. Penyampai kami sendiri juga mempunyai tips yang beliau sendiri ingin kongsikan kepada usahawan di luar sana. Pesannya, melakukan kajian dan pemerhatian sebelum memulakan sesuatu bisnes sangat penting untuk memastikan perniagaan yang dijalankan kekal lama. Jika selama ini anda mengabaikan kajian pasaran, perbetulkan niat anda dan ikut 8 tips yang ingin dikongsikan penyampai kami ini.

Key Takeaways

8 tips yang dimaksudkan penyampai Bicara Ekspres antaranya jual apa yang pelanggan suka, berwaspada dengan rakan kongsi, minta cadangan dari pekerja, pandai beza antara hasil dengan usaha, sediakan produk separa siap dan banyak lagi. Jika anda mahu dengar kesemua 8 tips dan huraian setiap satu tips yang dikongsikan penyampai kami, sila download episod Bicara Ekspres kali ini di bawah.

Fun Fact

Salah satu tips yang pasti mencuit hati adalah jangan perasan bagus. Sebagai usahawan, anda perlu sentiasa mengemaskini produk dan servis yang ditawarkan. Jika anda terus membanggakan produk atau servis sedia ada sepanjang masa, ditambah pujian dari orang sekeliling semata-mata, bisnes anda tidak akan terus berkembang. Sebaliknya, anda perlu bekerja lebih keras dan menjadikan pujian itu satu kata-kata semangat untuk terus melangkah jauh!

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top