Bicara Ekspres,
21:12

Ep81. Azam Dalam Mengembangkan Bisnes Jahitan

17 Jan 2019

Ep 81. Azam Dalam Mengembangkan Bisnes Jahitan

Pemilik Ijlali Husna Design yang mesra dipanggil Husna, memulakan bisnes jahitan kira-kira setahun lalu. Memfokuskan jahitan pakaian custom made mengikut acara dan perayaan, beliau juga menyimpan hasrat mahu membantu masyarakat tentang ilmu jahitan. Graduan rekabentuk fesyen dan pakaian dari Politeknik Ibrahim Sultan yang kini sedang menyambung pengajian dalam bidang pendidikan sains rumahtangga di Universiti Putra Malaysia ini memilih bisnes jahitan kerana ia adalah satu bisnes yang tak akan mati dan merupakan keperluan dari semasa ke semasa. Menjadikan pereka hebat seperti Arma Abdul Rahman Wedding Couture dan Leeyanarahman sebagai idola, Husna banyak mencontohi strategi pemasaran mereka dengan menjalankan kajian secara online di Facebook dan Instagramnya, Ijlali Husna Alias atau secara langsung kepada pelanggan sebelum memasarkan sesuatu produk.

Key takeaways

Kongsi Husna, kajian pasaran sangat perlu bagi mengetahui siapa target market, lokasi bersesuaian dan peluang mengembangkan perniagaan. Tambahan pula, fesyen dan trend sentiasa berubah-ubah, kajian penting bagi beliau untuk menghasilkan pakaian mengikut musim, perayaan dan sebagainya. Salah satu tekniknya, beliau akan menjalankan kajian secara online dengan memuatnaik beberapa gambar tudung bagi mengetahui pelanggannya mahukan gaya tudung yang macam mana, warna dan fabrik yang digemari. Selepas mendapat keputusan, pastinya sale akan meningkat naik jika beliau menjual produk yang mendapat permintaan tinggi.

Fun facts

Dalam menghasilkan pakaian dan berkongsi ilmu dengan masyarakat tentang ilmu jahitan, Husna juga berazam mahu membuka pusat latihan dan memberi peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya (OKU) supaya dapat belajar tentang fesyen. Malah, beliau juga berhasrat mahu menembusi pasaran luar negara dengan mempromosikan pakaian tradisi rakyat Malaysia ke negara luar. Hebat bukan?

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top