Bicara Ekspres,
24:16

Ep78. Dari Gerai, Kini Ada Restoran 2 Tingkat

11 Jan 2019

Ep 78. Dari Gerai, Kini Ada Restoran 2 Tingkat

Dua beradik, Mohamad Hafizi Roslan dan Mohamad Helmi Roslan mengusahakan perniagaan MHR Burger di Port Dickson selepas kehilangan ibu tersayang kira-kira 10 tahun dulu. Bisnes yang dianggap hanya kecil-kecilan pada mulanya, kini makin berkembang pesat sehingga membolehkan mereka memiliki restoran dua tingkat. Ketika memulakan perniagaan dulu, Hafizi berkata keuntungan mereka hanyalah RM30-40 hari, namun kini pendapatan mereka mencecah 5-6 angka sebulan.

Key takeaways

Agak lama dan sukar dua beradik ini menaikkan perniagaan MHR Burger. Dari berniaga di depan rumah, menumpang di kedai makan orang sehinggalah bersengkang mata dari 6 hingga 1 pagi hari seterusnya, kini usaha mereka membuahkan hasil. Perniagaan mereka semakin hari semakin rancak selepas mereka memperkenalkan menu unik seperti burger ayam goreng dan burger dengan bun hitam. Permintaan positif diterima dan orang ramai termasuk pengusaha kantin dan kawasan makan di politeknik mula mencari mereka bagi menempah burger untuk majlis tertentu. Kata Hafizi, semangat dan minat dalam melakukan sesuatu perkara itu penting bagi melihat hasilnya kelak. Kini, beliau mahu memantapkan pengurusan, SOP, sistem dan dalam perancangan mahu mencari rakan kongsi bagi membuka cawangan di setiap negeri.

Fun fact

Helmi menekankan, seseorang itu perlu bersungguh-sungguh, bersemangat, amanah, berdisiplin, pandai menepati dan mengatur masa untuk memajukan perniagaan. Hasilnya, MHR Burger kini mempunyai menu unik seperti burger nenas, dragon cheese burger, radish carbonara burger dan bonzer beef burger. Setiap burger yang ditawarkan mempunyai pilihan daging seperti ayam, lembu, kambing dan kepingan ikan. Burger yang dijual juga sangat berpatutan, iaitu pada kadar harga RM2 hingga RM130 yang menawarkan set dulang, sesuai dimakan 5-6 orang. MHR Burger juga menyediakan servis penghantaran dalam jarak 10KM sekitar Port Dickson. Layari laman sosial Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube MHR Burger untuk mengetahui update serta promosi terkini mereka.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top