eFM LIVE,
10:16

Ep49. Istana Eagle Craft: Membezakan keusahawan dengan industri desa

09 Dec 2018

Ep 49. Istana Eagle Craft: Membezakan keusahawan dengan industri desa

Ketika melancong, kita pasti ingin membawa kembali sesuatu dari tempat yang diziarahi. Puan Hartini Binti Harun akan berbicara bersama Nana dalam episod ini tentang bisnes cenderamatanya di Langkawi iaitu Istana Eagle Craft & Souvenir. Dengan pelbagai jenis cenderamata yang boleh dibawa pulang oleh pelancong, dia berkongsi serba sedikit tentang produk-produknya serta pakej cenderamata yang membuat usahawan ini mampu bersaing bersama bisnes cenderamata di pusat pelancongan yang popular seperti Langkawi.

Key Takeaways

Industri desa yang juga dikenali sebagai industri kecil ataupun industri tradisional merupakan antara industri yang berperanan ke arah menjana pertumbuhan ekonomi negara dan berpotensi tinggi untuk dimajukan. Dengan perkataan lain, industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan pengeluaran atau kerja tangan yang dihasilkan oleh masyarakat kampung yang masih menggunakan teknik industri tempatan yang diwarisi daripada nenek moyang kita. Memang tidak dinafikan bahawa suatu ketika dahulu permintaan dan pengeluaran hasil daripada industri desa semakin berkurangan disebabkan oleh perubahan zaman yang ketara. Hal ini demikian kerana fenomena peralihan terhadap kemajuan teknologi yang menyebabkan industri desa kurang menonjol.

Fun Fact

Kak Hartini bukannya seorang yang asing dalam bidang keusahawanan! Walaupun menempuh pelbagai dugaan, dia sudah bertahan dalam industri ini selama 14 tahun!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top