Gerai Go Digital,
12.12

EP.4 Tauhu Begedil Berapi Tetap Teruskan Bisnes Dari Rumah

19 Apr 2020

Gerai Go Digital

Gerai On Digital merupakan satu pilot projek radio eFM menyokong dan membantu peniaga gerai makanan khususnya peniaga pasar malam, gerai tepi jalan dan peniaga bazar Ramadhan yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak pandemik Covid 19Melalui projek ini yang merangkumi eFM Pasar Malam Box dan eFM Bazar Ramadhan Box berkonsepkan membantu usahawan mikro ini mendapat pelanggan dan pendapatan berterusan melalui gaya pemasaran baru iaitu secara digital. Ia juga dapat membantu lebih ramai penghantar makanan menambah rezeki sepanjang PKP ini.

EP.4 Tauhu Begedil Berapi Tetap Teruskan Bisnes Dari Rumah

Gerai On Digital kali ini menampilkan seorang peniaga gerai yang menjual tauhu bergedil di Puchong berkongsi kesukaran beliau meneruskan bisnesnya untuk mencari pendapatan. Terpaksa mengurangkan perbelanjaan dengan mementingkan keperluan berbanding kehendak sepanjang PKP dan selepas ini.

Isi Utama

Melalui temubual bersama Rosman b Mohd Mahyidin, pemilik Tauhu Bergedil Berapi, beliau berkongsi melalui media sosial yang sememangnya telah dilakukan sebelum ini tetapi sejak PKP, beliau dan isteri perlu melakukan pemasaran secara digital sepenuhnya. Ia sekurang-kurangnya akan dapat membantu menambahkan pelanggan dan pendapatan yang terjejas sepanjang PKP ini.

Fakta Menarik

Merasa bertuah kerana sentiasa menggunakan perkhidmatan penghantar makanan sebelum ini, menyebabkan peniaga Tauhu Begedil Berapi tidak merasa kekok menggunakan khidmat mereka.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top