Bawa Mulut,
44:05

Ep28. Makanan Bergerak: Kejar Atau Mengejar?

12 Aug 2019

Ep 28. Makanan Bergerak: Kejar Atau Mengejar?

Cik Sal bimbang tentang perniagaan trak makanannya yang kekurangan pelanggan. Setelah berbincang bersama Rizal dan Joy, mereka sepakat untuk membuat beberapa perubahan. Perubahan strategi perniagaan perlu mengambil kira beberapa aspek penting yang dilihat dari sudut pandang pelanggan sasaran.

Isi Utama

Perbincangan antara Cik Sal, Rizal dan Joy yang panjang berkisar tentang lokasi trak makanan, jenis menu, nama dan sebutan menu yang lebih dekat dengan budaya tempatan pelanggan, waktu operasi, dan juga harga yang berpatutan. Lokasi trak makanan perlu berbeza-beza contohnya meletakkan trak makanan di tapak karnival atau acara hari minggu. Pilihan jenis menu juga perlu mengambil kira budaya tempatan kerana tidak semua pelanggan berminat mengambil makanan barat sebagai menu harian mereka. Begitu juga dengan harga menu. Kawasan perniagaan trak makanan perlu mengambil kira latar belakang pelanggan sasaran. Pelajar kolej contohnya, tidak mampu untuk berbelanja sebanyak RM20 untuk satu menu. Waktu operasi yang sesuai perlu diambil kira berdasarkan pelanggan sasaran di Kawasan tersebut. Cik Sal tersedar tentang kesilapannya memilih waktu operasi ketika pelanggan sibuk hendak pulang ke rumah selepas waktu bekerja.

Fakta Menarik

Larangan pihak berkuasa tempatan terhadap operasi perniagaan di tepi jalan persiaran sebenarnya mengambil kira keselamatan peniaga, pelanggan dan pengguna jalan raya.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top