Bawa Mulut,
52:48

Ep27. Usahawan Kanak-kanak Peneraju Ekonomi

20 Jul 2019

Ep 27. Usahawan Kanak-kanak Peneraju Ekonomi

Cik Sal menghubungi Rizal setelah gagal menghubungi Joy. Rupanya Joy sedang berada di luar negara selama 3 hari atas urusan kerja. Cik Sal yang sedang kebingungan dan buntu memberitahu Rizal tentang permasalahannya. Anak saudara Cik Sal, Shira yang masih lagi bersekolah menyertai kelab usahawan junior sekolah memerlukan bantuan untuk melakukan jualan semasa Hari Keluarga. Cik Sal yang buntu dengan jenis perniagaan apa yang sesuai buat Shira yang masih bersekolah mendapatkan bantuan Rizal. Rizal mengajak Cik Sal berjumpa dan memperkenalkan seseorang yang bakal membantu Cik Sal dan Shira.

Isi Utama

Rizal memperkenalkan Johan dan anak lelakinya berumur 10 tahun yang didedahkan kepada ilmu perniagaan kepada Cik Sal. Johan menghantar anak lelakinya ke akademi perniagaan untuk kanak-kanak dengan harapan anak lelakinya bila dewasa bakal menjadi ahli perniagaan. Untuk membantu Cik Sal dan Shira, mereka kemukan tiga idea iaitu menjual makanan ringan dan minuman yang senang disediakan, produk yang berkait dengan alam sekitar, dan menjual kek dan biskut. Berbekalkan tiga idea ini, Cik Sal berbincang dengan anak saudaranya Shira untuk memilih sesebuah perniagaan yang boleh diceburinya dengan jayanya.

Fakta Menarik

Keusahawan dalam kalangan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang baru! Watak Mael dalam Upin Ipin memupuk seorang kanak-kanak lelaki bernama Ferris untuk memulakan perniagaan air kotak yang pernah viral di Kajang 2.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top