Bawa Mulut,
24:30

Ep26. Berniaga Semudah 123!

11 Jul 2019

Ep 26. Berniaga Semudah 123!

Melihat keadaan Cik Sal dan perniagaan yang haru-biru, Selvi mencadangkan kepada Cik Sal untuk mengambil cuti rehat bagi menenangkan fikiran. Cik Sal bercadang untuk bercuti di kampung sahaja meluangkan masa bersama ibunya. Berada di kampung tidak menghalang Cik Sal untuk berniaga. Cik Sal memujuk ibunya untuk membantu Cik Sal berniaga kambing bakar. Malang tidak berbau, gerai kambing bakar yang baru sahaja beroperasi di tepi jalan dilanggar kereta yang hilang kawalan. Osman yang ada bersama ketika itu turut tercedera ketika menyelamatkan Cik Sal dari dilanggar.

Isi Utama

Ketika berbual bersama Rizal di telefon, Cik Sal sempat mendapatkan khidmat nasihat untuk perniagaan barunya. Perniagaan kambing bakar Cik Sal hanya kecil-kecilan tetapi persiapan asas sebelum memulakan perniagaan tetap sama iaitu strategi pemasaran. Kelebihan penggunaan media sosial dapat membantu Cik Sal memperkenalkan perniagaan barunya kepada pelanggan sasaran di kawasan sekitar. Promosi dari mulut ke mulut juga dapat menjadi salah satu strategi pemasaran yang efektif. Rizal turut mengingatkan Cik Sal untuk membuat akaun untung rugi dan kunci kira-kira walaupun hanya perniagaan keluarga dan kecil-kecilan. Perniagaan yang dijalankan mengikut SOP dari awal akan lebih mudah dikendali. Selain menggunakan media sosial, penggunaan kain rentang yang menarik dan mudah nampak juga merupakan salah satu strategi yang baik. Rizal turut menasihatkan Cik Sal untuk meletakkan harga yang berpatutan mengikut anggaran pendapatan pelanggan sasaran supaya perniagaan kambing bakar Cik Sal mendapat sambutan.

Fakta Menarik

Bau daging kambing bergantung cara menyiang dan memasak adalah mitos! Fakta sebenar ialah memastikan kambing tidak mengalami stres ketika disembelih dengan menggunakan pisau yang tajam dan menghalang kambing dari melihat darah kambing lain yang sedang disembelih.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top