Bawa Mulut,
20:39

Ep25. Menghidupkan Kembali Kedai Gunting Rambut Bos

31 May 2019

Ep 25. Menghidupkan Kembali Kedai Gunting Rambut Bos

Bawa Mulut pada minggu ini akan berfokus kepada topik mengenai kedai gunting rambut. Dengarkan sedikit sebanyak bagaimana cara untuk mengembangkan dan menaikkan bisnes gunting rambut dari perspektif watak-watak tukang gunting rambut, Bos dan pelanggan, Rizal. Mampukah mereka membawa wajah baru kepada kedai Bos yang telahpun bergiat selama 20 tahun?

Isi Utama

Perbualan ringkas antara Bos dan Rizal mencetuskan hasrat untuk Rizal membantu Bos meningkatkan bisnes beliau dan menambat hati pelanggan baru, apatah lagi dengan persaingan daripada kedai gunting rambut hipster yang berhampiran. Rizal kemudian menjemput Cik Joy dan Sal untuk datang ke kedai Bos untuk memberi idea untuk menambah baik perniagaan beliau. Sal mencadangkan kedai Bos menambah hiasan kedai supaya lebih menarik manakalah Joy pula membuka akaun media sosial untuk bisnes Bos.

Fakta Menarik

Berniaga selama bertahun-tahun pasti akan membuatkan pengusaha bisnes terleka dan alpa, serta selesa dalam zon sendiri. Persaingan, meskipun dirasakan akan mengancam bisnes, tapi jika dilihat secara positif, akan membuatkan bisnes berdaya saing dan kekal mampan serta relevan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top