Bawa Mulut,
17:53

Ep24. Chef Dan Juga Usahawan

26 May 2019

Ep 24. Chef Dan Juga Usahawan

Cik Sal dan Joy sama-sama mencuba perniagaan masakan rumah iaitu perkhidmatan memasak masakan beraneka mengikut kehendak pelanggan. Perniagaan Cik Sal ini juga menawarkan khidmat penghantaran pesanan. Dalam kesibukan menguruskan perniagaan, Joy terasa hati dengan teguran Cik Sal yang dirasakan seperti tidak menghargai usaha Joy. Disebabkan itu, Cik Sal terpaksa mengupah pembantu sendiri, Ali, seorang pelajar bidang kulinari.

Isi Utama

Untuk usahawan menceburi bidang masakan ini, mereka perlu membuat persediaan awal yang rapi seperti perancangan menu dan bahan masakan, jumlah pekerja yang mencukupi untuk tugas-tugas sedia ada, serta memastikan menu yang ditetapkan tidak menjadi beban kepada pasukan. Usahawan juga perlu mengupah pembantu yang berpengalaman, boleh juga mengambil kira pelajar dari bidang kulinari. Usahawan yang ingin menjaga momentum pasukannya bekerja perlu bijak mempertimbangkan cadangan dan menyelesaikan masalah yang timbul. Resipi yang sedia ada juga perlu diubah suai untuk menambah baik kualiti masakan. Selain itu, usahawan juga perlu mengambil kira setiap perbelanjaan yang dikeluarkan termasuk pembelian yang tidak dirancang. Hal ini membantu usahawan untuk merancang perbelanjaan seterusnya dengan lebih baik dan untuk mengelakkan berlaku penyalahgunaan wang pekerja.

Fakta Menarik

Perkhidmatan masakan rumah pernah mendapat sambutan tetapi kesukaran usahawan mengekalkan momentum dan kualiti perkhidmatan yang baik menyebabkan perkhidmatan ini kembali terkubur.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top