Bawa Mulut,
23:43

Ep23. Kembalikan Ais Krim Malaysia Kami!

21 May 2019

Ep 23. Kembalikan Ais Krim Malaysia Kami!

Cik Sal dan Joy mengimbau kembali kenangan ais krim Malaysia yang mudah didapati ketika zaman kanak-kanak mereka. Kesukaran mereka mendapatkan ais krim membuatkan Cik Sal teringin mulakan perniagaan ais krim yang boleh dibawa ke mana-mana dan sesuai dengan keadaan sekarang.

Isi Utama

Beberapa masalah timbul dari penjualan ais krim sedia ada antaranya ais krim yang terlalu manis dan penggunaan plastik yang mencemarkan alam sekitar. Sebagai persediaan memulakan perniagaan dalam industri ais krim yang tinggi persaingannya, Joy menasihatkan Cik Sal untuk mencuba kelainan rekabentuk kereta sorong ais krim. Rekaan perlu mengambil kira tempat menyimpan ais krim dan kesesuaian mengikut fungsi juga perlu bersifat mudah alih. Perniagaan ini juga perlu mengambil kira kesesuaian lokasi, kiraan sewa, upah pekerja, keuntungan serta persiapaan peralatan lain.

Fakta Menarik

Hanya 2% plastik yang dibuang dikitar semula dan menjadikan Malaysia negara paling teruk dengan pencemaran plastik.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top