Bicara Ekspres,
10:08

Ep214. Modal Kewangan Bebanan Business

23 Sep 2019

Ep 214. Modal Kewangan Bebanan Business

Bicara Ekpress pada minggu ini membincangkan topik Modal Kewangan Bebanan Usahawan. Ramai usahawan muda menganggap bahawa modal memainkan peranan yang penting sebelum memulakan perniagaan. Ada yang sanggup meminjam daripada agensi yang tidak berlesen untuk memulakan perniagaan kerana tidak dapat memenuhi kriteria untuk meminjam daripada agensi kerajaan.

Isi Utama

Ramai usahawan muda lebih mengharapkan pinjaman daripada agensi kerajaan untuk memulakan perniagaan dan tidak mahu mengeluarkan sesen pun daripada poket sendiri. Namun begitu, tabiat begini secara tidak langsung akan menjahanmkan perniagaan dan diri sendiri. Arizal berkongsi beberapa cara buat usahawan muda untuk mendapatkan modal perniagaan. Antaranya ialah meminjam wang daripada keluarga dan kawan-kawan dan mencari rakan kongsi. Usahawan muda digalakkan untuk memulakan perniagaan dengan apa yang ada dengan skala yang kecil.

Fakta Menarik

Menurut Tun Dr. Mahathir, usahawan digalakkan untuk mengeluarkan modal sendiri sebanyak 80% dan 20% daripada pinjaman bank dan agensi kerajaan.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top