Bicara Ekspres,
16:48

Ep213. Jadikan Bisnes Di Bulan Ramadhan Mampan

13 Sep 2019

Ep 213. Jadikan Bisnes Di Bulan Ramadhan Mampan

Bagi penutup topik usahawan Ramadhan yang hangat pada minggu ini, Bicara Ekspres menemubual Aizat Saufi dan Ahmad Aiman Anuar yang mengusahakan perniagaan Rendang Brader. DJ Arizal menemubual lebih lanjut tentang bisnes serta pengalaman kedua-dua rakan kongsi ini serta pandangan mereka mengenai topik usahawan segera Ramadhan yang sememangnya meningkat dengan drastik apabila menjelang bulan mulia ini.

Isi Utama

Perniagaan yang dijalankan hanya ketika bulan puasa adalah lebih bermotifkan jangka pendek dan keuntungan. Ini sebenarnya mengambil kesempatan daripada pasaran luas ketika bulan puasa kerana ada sesetengah peniaga yang tidak kisah tentang kualiti kerana ingin mengejar jualan. Terdapat juga kes peniaga sepenuh masa yang diketepikan dek peniaga segera ini, yang mana golongan peniaga sepenuh masa ini lebih bergantung kepada pendapatan daripada perniagaan sebagai sumber rezeki utama mereka.

Fakta Menarik

Bermula sebagai resipi rendang turun-temurun daripada nenek Aiman, Rendang Brader dibangunkan dengan niat untuk mengkomersialkan resipi tersebut. Meskipun baru sahaja bermula pada awal Januari tempoh hari, capaian yang diterima sudahpun menjangkau hingga ke luar negara. Aizat memainkan peranan dari segi pemasaran dan perakaunan manakala Aiman mengusahakan bisnes katering sebelum bisnes Rendang Brader ini.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top