Bicara Ekspres,
14:45

Ep212. Jadilah Usahawan Ramadhan Yang Konsisten

13 Sep 2019

Ep 212. Jadilah Usahawan Ramadhan Yang Konsisten

Pada episod kali ini, Bicara Ekspres pergi ke sisi usahawan segera pula, dengan menemubual seorang Muhammad Hafi Nur Arifin iaitu tonggak di sebalik Haras N Co yang sudahpun menjual kuih raya selama tiga tahun. Di samping bertanyakan lebih lanjut mengenai perniagaan beliau, deejay turut mengambil kesempatan menanyakan beberapa soalan mengenai topik usahawan segera Ramadhan yang menjadi fokus minggu ini.

Isi Utama

Hafi berpendapat perniagaan yang diusahakan memiliki peluang untuk pergi lebih jauh dariapda sekadar dioperasikan ketika bulan Ramadhan, namun kekangan kerjaya dan faktor lain menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan rancangan tersebut sehingga pada tahun ini. Pada hemat beliau, usahawan segera ini memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna yang ingin mencuba lebih banyak jenis makanan terutamanya ketika bulan Ramadhan dan Syawal.

Fakta Menarik

Merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan daripada Universiti Teknologi Mara, Hafi mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan setelah membuat kuih raya selama tiga tahun.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top