Bicara Ekspres,
13:00

Ep211. Ramadhan: Peluang Untuk Mula Berniaga

13 Sep 2019

Ep 211. Ramadhan: Peluang Untuk Mula Berniaga

Masih lagi dengan momentum topik usahwan segera Ramadhan, Bicara Ekspres kali ini berkesempatan meluangkan masa secara atas talian dengan usahawan di sebalik Cabe Hijau iaitu Mohd Faris Jaafar. Dengarkan perkongsian beliau mengenai perniagaan beliau serta pandangan beliau mengenai kenaikan jumlah usahawan segera ketika bulan Ramadhan.

Isi Utama

Faris berpendapat bagi golongan yang baru mula berniaga, menjadi usahawan segera ketika bulan Ramadhan adalah antara cara terbaik untuk mula membiasakan diri dengan operasi perniagaan, bahkan ekosistem ketika Ramadhan sendiri memudahkan usahawan muda untuk terjun ke bidang perniagaan berikutan permintaan meningkat ketika bulan puasa. Namun begitu persaingan ketika bulan puasa perlu dihadapi usahawan dengan positif kerana ianya pasti akan memacu usahawan untuk menjadi lebih kreatif dan berdaya saing untuk kekal relevan.

Fakta Menarik

Bermula sejak empat bulan yang lalu, bisnes ini dijalankan sepenuhnya atas talian dan antara produk yang ditawarkan termasuk pes masak lemak cili api serta jenama Serdang Cendol yang telahpun diusahakan sejak tahun 2014.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top