Bicara Ekspres,
14:23

Ep210. Ramadhan – Kesan Kepada Usahawan Sepenuh Masa

13 Sep 2019

Ep 210. Ramadhan – Kesan Kepada Usahawan Sepenuh Masa

Memulakan sesi bersama-sama tetamu bagi podcast pada minggu ini diluangkan dengan menemubual dua orang usahawan yang bergabung sebagai pengarah di sebalik ACS Racing iaitu Mohamad Arfan Sukri dan Mohamad Amir Yusof. Di samping bertanya sedikit sebanyak mengenai perniagaan mereka, DJ turut mengambil kesempatan untuk mengetahui pandangan mereka mengenai fenomena usahawan segera ketika bulan Ramadhan.

Isi Utama

Arfan berpendapat mereka yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan ketika bulan puasa pasti memberikan saingan kepada usahawan sepenuh masa, namun ianya masih boleh diterima memandangkan mereka hanya melakukannya secara bermusim. Manakala Amir berpendapat mereka yang baru berniaga ketika Ramadhan ini boleh memberikan sedikit cabaran kepada usahawan sepenuh masa dari segi berebut tapak perniagaan serta menyebabkan sewa tapak meningkat.

Fakta Menarik

Sudahpun aktif sejak tahun 2011 lagi, Arfan merupakan graduan daripada INOKOM Automotive Training Center manakala Amir merupakan graduan bidang Perniagaan Antarabangsa dan hanya menyertai Arfan sebagai pengarah sejak tahun 2015.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top