Absolute Halal Malaysia,
7:51

Ep21. Membawa Jenama dan Menu Johor di Lembah Klang

13 Sep 2019

Ep 21. Membawa Jenama dan Menu Johor di Lembah Klang

Puan Akmar yang menjalankan Restoran Bisik Bisik Shah Alam sejak 9 tahun lalu adalah antara usahawati yang berjaya membawa jenama dan menu Johor di Lembah Klang sehingga jenama restoran ini dikenali ramai dan telah menjadi tular sejak beberapa tahun yang lalu. Apa yang menjadi cabaran beliau adalah untuk memastikan kualiti dan rasa masakan yang disediakan terus kekal sepanjang masa.

Isi Utama

Restoran Bisik Bisik di bawah Mariza Rezeki Enterprise telah mula beroperasi semenjak tahun 2010 di Seksyen 7, Shah Alam. Keutamaan mereka adalah menyediakan masakan dan makanan dari Johor, terutamanya Mee Bandung, Mee Rebus dan Laksa Johor. Kini anda tidak perlu lagi ke selatan tanah air untuk merasai sendiri kelazatan makanan Johor.

Fakta Menarik

Terdapat kepelbagaian dalam resepi mereka dan kepada yang ingin mencuba boleh datang ke Restoran Bisik Bisik Shah Alam dan Tenaga kerja mereka yang terlatih serta berpengalaman dapat merealisasikan pelbagai keperluan apa-apa majlis.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top