Bawa Mulut,
19:22

Ep21. Burgembira: Apitan Keuntungan dalam Perniagaan

25 Apr 2019

Ep 21. Burgembira: Apitan Keuntungan dalam Perniagaan

Rizal, Joy dan Ani melawat Cik Sal yang kemalangan ketika membuka gerai jualan kambing bakar bersama Osman. Sesampainya di rumah Cik Sal, Rizal mengadu sakit perut kerana memakan burger yang dibeli di perjalanan. Cik Sal menawarkan untuk memasakkan mereka bertiga burger istimewa yang dibuat sendiri patti dagingnya oleh Cik Sal. Kagum dengan rasa enak patti daging buatan Cik Sal, tiga sahabat itu mencadangkan agar Cik Sal membuka gerai menjual burger di kampungnya.

Isi Utama

Usahawan perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi persediaan sebelum memulakan perniagaan setiap hari. 90% penjual burger gagal mendapat pelanggan tetap kerana persediaan awal yang tidak konsisten. Episod kali ini membantu usahwan mempertimbangkan keperluan tenaga kerja, lokasi gerai dan peralatan yang sesuai selain selamat. Usahawan juga boleh buat penambahan beberapa ciri kelainan kepada perniagaan sebagai antara strategi perniagaan yang boleh dipertimbangkan seperti kelainan perasa pada patti burger atau menyediakan khidmat penghantaran pesanan dari rumah ke rumah. Sebagai permulaan, usahawan boleh cuba menggunakan khidmat pengulas makanan dalam talian yang semakin tular sekarang.

Fakta Menarik

Perniagaan menjual burger mampu memberi keuntungan sebanyak RM12,000 sebulan!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top