Bicara Ekspres,
6:05

Ep209. Usahawan Segera Ramadhan – Ulasan DJ

13 Sep 2019

Ep 209. Usahawan Segera Ramadhan – Ulasan DJ

Bicara Ekspres untuk minggu ini membawakan topik yang unik iaitu usahawan segera yang bercambah di bulan Ramadhan. Menjelang bulan Ramadhan, terdapat pelbagai peluang yang terbuka luas untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dengan keusahawanan. DJ Arizal sedikit sebanyak mengulas mengenai topik ini di samping memberi beberapa idea berniaga ketika bulan puasa.

Isi Utama

Berikutan pasaran yang luas ketika bulan puasa, tidak hairanlah semakin ramai yang ingin menceburi bidang perniagaan ketika bulan mulia ini, tidak kira secara serius atau dengan niat untuk mencari wang saku lebih untuk belanja raya nanti. Arizal mengutarakan beberapa tips untuk mereka yang baru sahaja bermula – misalannya memiliki kesabaran yang sedikit lebih, tidak gelojoh menunggu untung, mengumpul sedikit modal untuk memudahkan pengoperasian perniagaan. Di samping itu, beberapa jenis perniagaan lain yang unik dan jarang-jarang diadakan yang sesuai dilakukan ketika bulan puasa turut diutarakan.

Fakta Menarik

Ketika bulan puasa, sudah lumrah untuk melihat bisnes makanan, kuih raya serta air tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan ketika bulan Ramadan.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top