Bisnes Makeover,
27:31

Ep209. Usahawan Pelukis: Bagai Langit dan Bumi

23 Sep 2019

Ep 209. Usahawan Pelukis: Bagai Langit dan Bumi

Bisnes Makeover episod ini menampilkan topik mengenai perniagaan berkaitan seni. Terdapat pelbagai seni seperti seni lukisan, seni persembahan, seni music, seni teater dan lain-lain. Bisnes Makeover mengfokuskan kepada seni lukisan. Realitinya, tidak ramai yang boleh memahami sesuatu seni lukisan dan setiap lukisan mempunyai seribu interpretasi bergantung kepada individu. Kali ini bersama Tuan Haji Fazli Yusuf memberi sedikit sebanyak ilmu dan tips buat usahawan pelukis.

Isi Utama

Setiap karya seni lukisan mempunyai nilainya tersendiri. Ada sesetengah harga lukisan sangat mahal bergantung kepada skil dan juga bahan yang digunakan oleh pelukis. Sering kita lihat, pelukis berada di tepi jalan, menyediakan servis lukisan potret untuk pelanggan. Namun begitu, bagaimana cara untuk mereka memasarkan hasil karya mereka kepada pelanggan yang betul? Bersama Tuan Haji Fazli Yusof dalam segmen Cuba Try Test Share, berkongsi tentang display dan demand yang boleh digunapakai oleh usahawan pelukis untuk mempamerkan hasil karya mereka. Tuan Haji Fazley juga berkongsi pendapat tentang perlukah pelukis menurunka harga untuk mendapatkan pelanggan. Apakah yang dimaksudkan oleh Tuan Haji Fazley tentang Plan 1000 hari?

Fakta Menarik

Tuan Haji Fazley memulakan kariernya sebagai penulis dan pernah mencetak sebanyak 30 buku.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top