Bicara Ekspres,
11:54

Ep208. Usahawan Yang Banyak Belajar Daripada Seminar

02 Sep 2019

Ep 208. Usahawan Yang Banyak Belajar Daripada Seminar

Mengakhiri topik pelaburan dalam seminar yang menjadi topik hangat minggu ini, Bicara Ekspres menemubual seorang lagi tetamu secara dalam talian iaitu Syazwan Iskandar yang mengusahakan perniagaan Prevedor Event. DJ Arizal menemubual lebih lanjut tentang bisnes beliau serta pengalaman beliau dalam menyertai seminar serta pandangan beliau mengenai seminar itu sendiri.

Isi Utama

Sebagai seorang usahawan, beliau pernah menyertai dua seminar, kedua-duanya berfokus kepada pemasaran serta pengoperasian perniagaan. Kursus pertama adalah percuma kerana beliau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kursus tersebut terlebih dahulu. Kursus kedua disertai dengan yuran sebanyak tiga ratus ringgit. Dengan nilai tersebut, beliau berpendapat ianya adalah pelaburan yang berbaloi kerana beliau banyak belajar daripada mereka yang lebih arif. Namun beliau merasakan kursus beribu-ribu turut menawarkan kelebihan tersendiri meski hanya diadakan selama beberapa hari sahaja.

Fakta Menarik

Mesra dikenali sebagai Juan, Prevedor Event sudahpun beroperasi dalam dua tahun lalu dengan sambutan menggalakkan. Di samping itu, beliau turut memiliki Veranda Kasih, iaitu syarikat menyewakan tempat untuk acara perkahwinan. Berpangkalan di Hulu Langat, beliau membuat kedua-dua bisnes ini untuk menyokong satu sama lain.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top