Bisnes Makeover,
22:22

Ep208. Sandwich Ikut Gaya Orang Kita

23 Sep 2019

Ep 208. Sandwich Ikut Gaya Orang Kita

Bisnes Makeover episod ini dimulakan dengan segmen Lets Motivasi Business dengan “Perjalanan Seribu Batu Bermula Dari Satu Langkah” Dalam segmen Tolong Makeover, Nana Mahazan menemubual seorang usahawan pertama yang menjalankan perniagaan foodtruck di Ipoh, Fatiya Nasuha binti Razlan, pengasas The Hut. The Hut dimulakan pada tahun 2015 dengan menjual fusion food iaitu sandwich yang menggunakan roti Bengali.

Isi Utama

Fatiya memulakan The Hut sewaktu menikmati makanan di foodtruck di kawasan Bangsar. Fatiya lebih gemar orang menikmati makanan yang dimasak olehnya. Fatiya menggunakan media sosial untuk mempromosikan The Hut. Selain itu, The Hut tidak hanya tertumpu di suatu tempat tapi The Hut pergi ke lokasi yang berbeza-beza. The Hut juga menyediakan servis katering. Dalam segmen Cuba Try Test Share, Bisnes Makeover menampilkan Coach Shidi untuk membantu The Hut dari segi pemasaran. Coach Shidi berkongsi tentang tiga kata magic yang boleh digunapakai oleh usahawan dan cara untuk mencipta tiga kata magic.

Fakta Menarik

Signature menu The Hut ialah Monster Chicken Sandwich yang menggunakan crispy fried chicken dan roti Bengali yang hanya berharga RM8!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top