Bisnes Makeover,
25:19

Ep207. Produk Lokal Produk Timbang Kilo?

23 Sep 2019

Ep 207. Produk Lokal Produk Timbang Kilo?

Produk skincare keluaran tempatan sering mendapat tindak balas negatif daripada masyarakat kerana sesetengah pengasas produk skincare lokal menggunakan produk timbah kilo. Produk timbang kilo memudaratkan pengguna kerana kandungan toksiknya. Namun begitu, terdapat beberapa usahawan produk skincare keluaran lokal yang boleh dipercayai semakin mendapat tempat di hati pelanggan. Dalam segmen Tolong Makeover, Nana Mahazan menemubual Puan Kamalia, pengasas Kama Nature iaitu Pure Argan Oil Serum. Puan Kamalia telah menjalankan Kama Nature selama dua tahun.

Isi Utama

Bermula sejak tahun 2017, penerimaan Kama Nature tidak mempunyai masalah di antara pelanggan tetap namun begitu Kama Nature mengambil sedikit masa untuk menerangkan kelebihan argan oil kepada pelanggan baru yang masih was-was. Kama Nature mempunyai 10 ejen yang membantunya untuk memperkembangkan perniagaannya. Menurut Puan Kamalia, cabaran yang dihadapi olehnya ialah awareness terhadap produknya. Sesetengah orang masih musykil terhadap produk semulajadi. Dalam segmen Cuba Try Test Share, Bisnes Makeover mendapatkan khidmat nasihat daripada Encik Mohamad Faizal, pengawai MARA untuk memberi bantuan makeover terhadap Puan Kamalia dari segi tapak event keusahawan. Menariknya, pihak MARA menawarkan kemudahan geran buat usahawan yang ingin menyewa tapak di mana-mana event.

Fakta Menarik

Kama Nature mengimport argan oil secara terus daripada negara Morocco.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top