Bicara Ekspres,
22:22

Ep207. Cara Mengenal Pasti Seminar Bagus

02 Sep 2019

Ep 207. Cara Mengenal Pasti Seminar Bagus

Masih lagi dengan topik pelaburan dalam seminar, Bicara Ekspres berpeluang menemubual seorang lagi coach iaitu Coach Syafiq Taib yang mendedikasikan kerjaya beliau kepada strategi pemasaran digital yang bertumpu untuk memacu pengembangan usahawan yang tidak begitu berjaya dalam menaikkan jenama mereka terutamanya di media sosial. DJ turut mengambil kesempatan menanyakan pendapat dan ulasan beliau mengenai topik minggu ini.

Isi Utama

Coach Syafiq Taib berpendapat sudah begitu ramai orang yang mengadakan seminar di luar sana. Meskipun begitu, beliau berasakan apa sahaja pelaburan untuk mencari ilmu adalah berbaloi. Namun begitu, usahawan perlu ada pemikiran yang mendalam untuk mengenal pasti apakah kemahiran yang diperlukan untuk membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, berdasarkan pengalaman beliau, seminar yang mahal tidak semestinya bagus, serta seminar yang mengenakan yuran berpuluh-puluh ringgit sahaja tidak semestinya tidak berkualiti juga.

Fakta Menarik

Walaupun Coach Shidi berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan, beliau sendiri pernah menyertai seminar untuk menambah ilmu sendiri.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top