Bicara Ekspres,
16:41

Ep206. Ulasan Pakar: Seminar itu Berbaloi ke?

02 Sep 2019

Ep 206. Ulasan Pakar: Seminar itu Berbaloi ke?

Meneruskan bicara topik keperluan melabur untuk menyertai seminar-seminar, Bicara Ekspres kali ini sekali lagi berpeluang bersama-sama tonggak perniagaan Contentpreneur iaitu Coach Shidi. Dengarkan perkongsian beliau mengenai perniagaan beliau serta ulasan beliau sendiri tentang seminar yang beliau adakan serta pandangan beliau mengenai penganjuran serta penyertaan seminar itu sendiri.

Isi Utama

Coach Shidi berpendapat bahawa usahawan akan menyertai seminar kerana dua sebab, sama ada kerana ingin mengembangkan bisnes atau kerana bisnes sedang sakit. Beliau menggunakan analogi perkhidmatan kesihatan untuk menerangkan lebih lanjut. Di samping itu, beliau turut menyarankan bahawa menyertai seminar ini adalah seperti pergi belajar dengan mentor dan perlu belajar dengan mentor mengikut kepakaran mereka.

Fakta Menarik

Contentpreneur berfokus kepada pembangunan kandungan secara khusus untuk para usahawan yang menggunakan content digital sebagai medium perniagaan mereka yang utama, seperti ebook dan lain-lain. Selain berpangkalan di Malaysia, pasukan beliau turut melayani pelanggan di seluruh dunia.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top