Bisnes Makeover,
38:08

Ep206. Pupa: Wanita Menonjolkan Personaliti Di Rambut

23 Sep 2019

Ep 206. Pupa: Wanita Menonjolkan Personaliti Di Rambut

Sebelum memulakan segmen Tolong Makeover, Nana Mahazan berkongsi ayat motivasi iaitu ‘bisnes yang bagus dijalankan bukan sekadar kata-kata. Dalam segmen Tolong Makeover, Bisnes Makeover membawakan usahawan tudung. Usahawan tudung semakin hari semakin ramai. Terdapat pelbagai jenis dan kualiti tudung ditawarkan oleh usahawan tudung. Nana Mahazan menemu bual Cik Hanis dan Cik Azila, pengasas tudung jenama Pupa. Pupa dicipta untuk wanita melafazkan personaliti dan emosi melalui tudung yang berkonsepkan rama-rama.

Isi Utama

Disebabkan usahawan perniagaan tudung semakin tumbuh meliar dalam bidang fashion, setiap usahawan perlu menampilkan kelainan seperti yang dilakukan oleh Pupa. Pupa yang masih baru dalam bidang ini menggunakan medium seperti shopee, Instagram dan facebook untuk memasarkan produk mereka. Selain itu, Pupa juga menggunakan platform seperti Facebookads, Googleads. Penjualan tudung secara atas talian mempunyai kelemahan iaitu pelanggan tidak tahu tentang kualiti yang ditawarkan oleh usahawan. Menurut Cik Hanis mengenai persaingan, usahawan perlu berdiri dengan kelebihan sendiri dan kelebihan Pupa ialah desain tudung Pupa adalah berdasarkan personaliti. Dalam segmen Cuba Try Test Share, Bisnes Makeover menampilkan Tuan Haji Fazley Yusof untuk memberi bantuan makeover kepada Pupa dari segi pemasaran dan pengedaran produk. Dalam segmen ini, Tuan Haji Fazley berkongsi cara usahawan untuk mendapatkan ‘niche’ yang tepat. Tuan Haji Fazley menjelaskan tentang Double D dan Double T. Selain itu, Tuan Haji Fazley menjelaskan tentang Blue Ocean Strategy dalam persaingan. Tips dan ilmu yang dikongsi oleh Tuan haji Fazley sangat membantu usahawan tudung seperti Cik Hanis dan Cik Azila.

Fakta Menarik

Salah seorang pengasas jenama Pupa iaitu Cik Azila merupakan certified behaviour consultant.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top