Bisnes Makeover,
27:45

Ep205. Yang Lama Dilupakan, Yang Baru Bermaharajalela

23 Sep 2019

Ep 205. Yang Lama Dilupakan, Yang Baru Bermaharajalela

Bisnes Makeover memulakan episod kali ini dengan Let’s Motivasi Business dengan ayat “Jangan berangan-angan jadikan impian suatu kenyataan” Pada episod kali ini, Nana Mahazan membincangkan topik mengenai perniagaan pengurusan majlis. Nana Mahazan menemu bual Encik Muhammad bin Ismail, Managing Director Double Event Management Consultation Sdn. Bhd yang telah aktif sejak tahun 2007.

Isi Utama

Double Event Management yang telah aktif selama 12 tahun ini pernah melalui zaman tanpa internet untuk memasarkan perniagaan mereka. Yang menariknya, Encik Muhammad menunjukkan kegigihannya untuk membangunkan Double Event Management Consultation dengan menyenaraikan senarai nama syarikat besar untuk melakukan janjitemu lalu memasarkan perniagaannya kepada mereka. Perniagaan Encik Muhammad pernah ditolak oleh syarikat besar kerana tidak mempunyai pengalaman bangkit semula dan kini mempunyai lebih 60 pelanggan di dalam database. Encik Muhammad yang tidak pernah meminta bantuan daripada mana-mana agensi kini memerlukan lebih kurang RM500,000 untuk menambahbaik perniagaannya. Bagaimana cara PUNB dapat membantu Encik Muhammad dan usahawan sepertinya? Encik Faid, pengawai PUNB dan Encik Mohd Faizal memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang kursus dan pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak PUNB dan MARA.

Fakta Menarik

Pada tahun pertama, syarikat Double Event Management terletak di Putra Heights dan kini ia terletak di Cyberjaya.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top