Bicara Ekspres,
11:37

Ep205. Perniagaan Berkembang Setelah Menyertai Seminar

02 Sep 2019

Ep 205. Perniagaan Berkembang Setelah Menyertai Seminar

Episod pertama bersama-sama tetamu minggu ini diluangkan dengan menemubual secara dalam talian, usahawan dari pewangi jenama Aisy Desire iaitu Nurakidah Basri. Beliau sudi bercerita sedikit-sebanyak mengenai perniagaan beliau dan turut berkongsi pelbagai seminar yang pernah beliau sertai untuk menambah ilmu di samping pendapat mengenai seminar-seminar tersebut.

Isi Utama

Nurakidah berpendapat ketika beliau tidak menyertai seminar dahulu, beliau mengalami tekanan berikutan pesaing yang lebih cepat berkembang daripada beliau. Namun setelah menyertai seminar demi seminar, beliau mula mendapati hasil positif dalam perniagaan beliau. Ini terbukti apabila bisnes beliau mula berkembang sehingga tiga kali ganda lebih pesat. Beliau tidak menyertai secara membuta-tuli, tetapi beliau membuat kajian terlebih dahulu terutamanya sebelum mengambil keputusan untuk menyertai seminar berbayar yang lebih mahal.

Fakta Menarik

Merupakan graduan kolej kejururawatan di Seri Manjung, Nurakidah atau mesra dikenali sebagai Ida berkahwin dan menetap di Sabah sebelum kembali ke Kulim dan memulakan bisnes Aisy Desire. Beliau pernah berbelanja sehingga sepuluh ribu ringgit untuk seminar, terutamanya seminar pemasaran.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top