Bicara Ekspres,
11:15

Ep204. Perlukah Sertai Seminar Keusahawanan? – Ulasan DJ

02 Sep 2019

Ep 204. Perlukah Sertai Seminar Keusahawanan? – Ulasan DJ

Bicara Ekspres kembali pada minggu ini dengan topik yang berbeza iaitu berbaloikah para usahawan untuk menyertai seminar-seminar keusahawanan di luar sana? Bagi usahawan baru, mereka masih kurang berpengalaman dan banyak perkara yang boleh dipelajari untuk mengharungi liku-liku dalam berbisnes, yang mana seminar menjadi salah satu cara untuk usahawan untuk belajar ilmu tersebut. DJ Arizal tidak membuang masa mengulas lebih lanjut mengenai topik kali ini.

Isi Utama

Semakin banyak mereka di luar sana yang mendakwa diri mereka sebagai pakar dan mengadakan kursus-kursus keusahawanan yang mengenakan yuran tertentu untuk usahawan baru di luar sana. Arizal menimbulkan perspektif berbeza – bagaimanakah untuk menilai kursus-kursus ini sama ada ianya berbaloi disertai? Adakah berdasarkan populariti semata-mata atau berdasarkan yuran yang dikenakan? Perlukah ianya dipantau kerajaan?

Fakta Menarik

Terdapat juga usahawan yang sanggup mengikat perut nak dapat duit nak pergi kursus keusahawanan! Namun adakah mereka mendapat pulangan yang setimpal?

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top