Bisnes Makeover,
14:35

Ep204. Melakukan Bisnes dengan Kemahiran Menjahit

13 Sep 2019

Ep 204. Melakukan Bisnes dengan Kemahiran Menjahit

Sebagai episod penutup minggu ini, DJ Nana berfokus kepada topik melakukan bisnes dengan kemahiran menjahit. Kemahiran menjahit merupakan antara kemahiran yang berguna tidak kira kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Tidak dapat dinafikan pelbagai jenis bisnes yang boleh dijalankan dengan kemahiran serta peralatan menjahit yang dimiliki.

Isi Utama

Sesi motivasi kali ini menumpukan kepada topik gagal kerana fokus kepada perkara kecil. Jika membuang masa kepada perkara-perkara remeh, pastinya misi dan visi besar yang diimpikan sukar untuk digapai. Kembali kepada sesi makeover yang utama, Nana bercerita tentang kelebihan memiliki kemahiran menjahit serta bisnes yang boleh dijalankan seperti membuat serta mereka baju dan juga mengajar orang menjahit. Tetamu kali ini iaitu Encik Faizal dari MARA menjelaskan bahawa terdapat banyak bantuan yang boleh disediakan kepada usahawan tukang jahit terutamanya dalam bentuk kewangan dari sekecil-kecil 10 ribu sehingga sebanyak satu juta ringgit. Encik Faizal turut menjelaskan kriteria yang diperlukan dalam permohonan bantuan tersebut.

Fakta Menarik

Menjahit adalah kemahiran yang begitu versatil yang boleh digunakan sebagai manfaat servis kepada masyarakat atau untuk menampung diri sendiri.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top