Bicara Ekspres,
10:34

Ep203. Soft Sell Sebagai Permulaan

23 Aug 2019

Ep 203. Soft Sell Sebagai Permulaan

Mengakhiri topik hard sell versus soft sell minggu ini, Bicara Ekspres berpeluang menemubual Natasha Fatnim Mohammad yang mengusahakan perniagaan tudung berjenama Tasha Fatnim secara atas talian. Beliau tidak lokek berkongsi lebih lanjut mengenai perniagaan beliau, bagaimana beliau bermula, sebagai tambahan kepada jenis teknik yang digunakan beliau dalam pemasaran, sama ada hard sell atau soft sell.

Isi Utama

Natasha bermula dengan menjual secara hard sell, berikutan beliau berpendapat jika ada barang, pasti ada yang ingin membeli. Kemudian setelah berniaga dalam sebulan lebih, beliau mula sedar bahawa hard sell tidak begitu mengambil perhatian. Sebaliknya mengambil hati pelanggan secara soft sell adalah lebih baik dan tidak kelihatan terlalu ‘pushy’ kepada pelanggan. Soft sell, meski mengambil sedikit lebih masa dari hard sell, sememangnya berkuasa dalam mengambil hati pelanggan dan meningkatkan peluang untuk pelanggan mengulang pembelian pada masa hadapan. Setelah pelanggan kekal setia, barulah boleh kembali kepada hard sell.

Fakta Menarik

Tasha Fatnim dibuka dua tahun lalu berdasarkan nama pengasasnya sendiri dan berfokuskan kepada tudung jenis bawal semata-mata.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top