Bisnes Makeover,
15:18

Ep203. Akauntan sebagai Penyimpan Kewangan Syarikat

13 Sep 2019

Ep 203. Akauntan sebagai Penyimpan Kewangan Syarikat

Tidak dapat dinafikan lagi kepentingan akauntan atau penyimpan kira-kira yang bertujuan mengumpul dan merekodkan kewangan sesebuah syarikat. Semestinya pilihan yang ideal adalah menggajikan seorang akauntan sepenuh masa khusus untuk syarikat kita. Namun tidak semua syarikat mampu berbuat demikian, dan ketika inilah peranan akauntan separuh masa menjadi penting. Mereka pastinya mampu memenuhi permintaan syarikat-syarikat sebegini.

Isi Utama

Untuk sesi motivasi kali ini, kata-kata hikmatnya ialah ‘you become what you think’ atau anda menjadi apa yang anda fikir. Mempunyai bayangan atau visi yang jelas terhadap apa yang anda mahukan dan ingin jadi adalah sangat penting untuk memacu anda ke hadapan. Meneruskan dengan sesi utama, Nana menjelaskan sedikit sebanyak kelebihan memiliki laporan kewangan yang lengkap dalam sesebuah syarikat serta potensi akauntan untuk menjalankan bisnes dengan memberikan perkhidmatan kepada syarikat yang memerlukan. Coach Shidi, masih bersama Nana dalam episod ini, menyarankan personal branding sebagai cara utama untuk memasarkan khidmat sebegini di atas talian di samping mengguna pakai teknologi sebagai ‘leverage’ serta memupuk kepercayaan dengan pelanggan.

Fakta Menarik

Menyediakan kira-kira syarikat bukanlah kerja yang senang bagi pengusaha perniagaan. Memberikan tips-tips khusus dengan niche akan meningkatkan reputasi untuk memberikan servis perakaunan kepada pelanggan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top