Bisnes Makeover,
15:27

Ep202. Makeover Bisnes Tikar Mengkuang

13 Sep 2019

Ep 202. Makeover Bisnes Tikar Mengkuang

DJ Nana kembali lagi dalam satu lagi episod Bisnes Makeover dengan bisnes tumpuan kali ini iaitu bisnes tikar mengkuang! Bagi mereka yang pernah membesar di kampung, tikar mengkuang pastinya merupakan antara kewajipan yang semestinya mudah ditemukan di rumah-rumah sekitar, namun hakikatnya ianya semakin berkurangan pada masa kini. Nana menerokai cara-cara pengusaha bisnes tikar mengkuang untuk kekal relevan.

Isi Utama

Sesi motivasi bermula dengan topik ‘ready, set, fire’. Ungkapan ringkas ini cukup berkesan dalam pelaksanaan bisnes, yang mana apabila sudah bersedia, tidak perlu berlengah sebelum menjalankan pelaksanaan. Meneruskan sesi makeover, Nana bercerita sedikit mengenai realiti bisnes tikar mengkuang masakini sebelum menjemput Coach Shidi secara atas talian untuk mengenal pasti cara-cara memasarkan bisnes ini. Coach Shidi menyarankan untuk menimbulkan minat pengguna dengan mendidik lebih lanjut mengenai seni halus dalam anyaman mengkuang. Selain itu, menggunakan teknik asimilasi juga mampu menarik minat golongan muda terhadap tikar mengkuang serta produk berkaitan serta memasarkan ke luar negara.

Fakta Menarik

Tikar mengkuang kini lebih digunakan sebagai cenderahati berbanding digunakan sebagai alas di rumah.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top