Bicara Ekspres,
18:38

Ep202. Gabungan Hard dan Soft Sell

23 Aug 2019

Ep 202. Gabungan Hard dan Soft Sell

Untuk episod Bicara Ekspres kali ini, pula berkesempatan untuk bersama-sama dengan tonggak di belakang Slimmy White iaitu Nurfarahayu Ehsan yang memfokuskan kepada produk pengurusan badan serta pemutih yang turut memiliki pelbagai ciri lain sebagai nilai tambah kepada produk tersebut. Dengarkan perkongsian beliau mengenai perniagaan beliau serta ulasan beliau sendiri tentang topik hard sell berbanding soft sell, yang manakah lebih digemari atau lebih kerap digunakan berbanding yang lain.

Isi Utama

Nurfarahayu berpendapat hard sell dan soft sell adalah lebih baik jika digabungkan bersama, memandangkan teknik yang berbeza punya kelebihan dan kesesuaian pada situasi, waktu dan pelanggan yang berbeza. Untuk mencapai tujuan tersebut, copy writing adalah begitu penting untuk dilakukan dengan betul serta menepati laras penggunaan yang dikehendaki. Kebiasaannya, soft sell akan digunakan terlebih dahulu, barulah akan melakukan hard sell apabila minat pelanggan untuk menggunakan produk tersebut semakin bercambah.

Fakta Menarik

Bermula dari tahun 2015 dengan usahasama bersama-sama dengan suami sendiri, Nurfarahayu mendapat ilham untuk memulakan perniagaan setelah mengalami masalah kulit serta mengempiskan perut sebaik sahaja selesai melahirkan anak kedua. Bisnes beliau yang bermula dari bawah dengan membuat packaging sendiri, kini sudah memiliki 100 orang stokis.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top