Bicara Ekspres,
13:44

Ep201. Soft Sell dengan Video Menular

23 Aug 2019

Ep 201. Soft Sell dengan Video Menular

Meneruskan rentak minggu ini tentang hard sell lawan soft sell, Deejay Arizal pada episod ini memulakan episod bersama-sama usahawan yang mengusahakan restoran Bawal Top iaitu Haikal Zarin. Beliau berkongsi pengalaman beliau dalam melakukan video yang tular di media sosial untuk mempromosi pelbagai kedai-kedai makan serta fokus kepada soft sell dalam mempromosi kedai beliau.

Isi Utama

Haikal dengan pengalaman membuat video promosi kedai makan, sudahpun memiliki kecenderungan yang tinggi untuk melakukan soft sell apabila membuka perniagaan beliau. Ini berikutan membuat video itu sendiri sudah merupakan suatu bentuk penceritaan atau ‘storytelling’. Beliau turut berkongsi sedikit bagaimana beliau mengaplikasikan soft sell dalam video-video yang pernah beliau buat.

Fakta Menarik

Restoran Bawal Top berpangkalan di Shah Alam dan ada cawangan di Melaka yang baru beroperasi sebulan lalu. Haikal sememangnya berminat dalam perniagaan dan sebelum ini sudah biasa buat video tular untuk kedai-kedai makan sebelum beralih untuk membuka kedai sendiri.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top