Bisnes Makeover,
16:53

Ep201. Makeover Bisnes ‘Pet Plant’

13 Sep 2019

Ep 201. Makeover Bisnes ‘Pet Plant’

Bagi episod kali ini, DJ Nana bertumpu kepada bisnes ‘pet plant’ pula! Konsep ini seperti memelihara binatang peliharaan, namun tumbuhan yang dipelihara menggantikan binatang seperti kucing dan anjing. Bisnes ini sudahpun mendapat tempat di negara-negara seperti Jepun dan Korea namun masih baru di sini.

Isi Utama

Sesi motivasi bermula dengan topik produk pertama tidak seharusnya perlu terlalu sempurna. Kebanyakan founder masa kini terlalu inginkan produk mereka sempurna sehingga gagal memasuki pasaran pada masa yang tepat. Meneruskan sesi makeover, Nana bercerita sedikit mengenai konsep ‘pet plant’ itu sendiri sebelum menjemput Coach Syafiq Taib untuk memberi pendapat dan nasihat untuk bisnes berkaitan. Coach menyarankan bahawa ianya lebih mudah untuk mencari komuniti peminat berbanding membina kumpulan peminat sendiri. Pemasaran pula boleh dilakukan secara ‘soft sell’, dengan menjadi menanam tumbuhan ini sebagai gaya hidup dan berkongsi mengenainya di media sosial.

Fakta Menarik

‘Pet plant’ ini boleh diperoleh dari linkungan harga yang murah sehingga yang mahal, seperti pohon bonsai yang renek dan comel. Namun ianya sukar diterima dalam kalangan rakyat Malaysia kerana rendahnya kesedaran untuk menghargai tumbuh-tumbuhan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top