Bisnes Makeover,
19:32

Ep200. Makeover Bisnes Kuih Mochi

13 Sep 2019

Ep 200. Makeover Bisnes Kuih Mochi

Bisnes Makeover kembali dengan topik makanan Jepun yang menarik dan menjadi kegemaran ramai! Dalam episod ini, Nana akan mengupas lebih lanjut mengenai bisnes kuih mochi, makanan yang berasal dari negara matahari terbit yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Isi Utama

Sesi motivasi bermula dengan topik kekuasaan pada masa kini tidak lagi berada di tangan golongan tertentu yang berduit, namun berada di tangan golongan massa yang memiliki informasi. Meneruskan sesi makeover, Nana bercerita sedikit mengenai kuih mochi itu sendiri sebelum menjemput Coach Syafiq Taib untuk memberi pendapat dan nasihat untuk bisnes kuih mochi ini dengan fokus terhadap personal branding.

Fakta Menarik

Bisnes kuih mochi semakin laku dan mempunyai peminat tersendiri, bahkan terdapat perisa yang telah diubahsuai untuk mengikut rasa tempatan. Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan produk jenis ini, termasuklah dengan cara mukbang.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top