Bicara Ekspres,
17:38

Ep200. Jual Pewangi dengan Soft Sell

23 Aug 2019

Ep 200. Jual Pewangi dengan Soft Sell

Deejay Arizal pada episod ini memulakan episod bersama-sama tetamu dengan usahawan dari pewangi jenama 12Hours iaitu Zulhairi Zainal. Beliau sudi bercerita sedikit-sebanyak mengenai bisnes beliau dan turut berkongsi cara serta pandangan beliau dalam melakukan hard atau soft sell yang memang menjadi fokus minggu ini.

Isi Utama

Zulhairi berpendapat soft sell lebih berkesan bagi beliau yang menjual pewangi. Ini lebih berkesan pada pandangan beliau dalam jual beli pewangi berikutan pelanggan sudah arif atau punya idea tersendiri tentang bau-bau yang digemari, bahkan mendapatkan maklumat lanjut tentang wangian dengan mudah dengan hanya membuat carian atas talian. Namun Zulhairi turut tidak menolak hard sell pada keadaan tertentu.

Fakta Menarik

Diinspirasikan daripada jenama-jenama minyak wangi terkemuka di dunia, wangian jenama 12Hours ini dijual pada harga yang lebih rendah dan mampu milik sahaja. Meski baru sahaja beroperasi selama enam bulan, Zulhairi atau mesra dikenali sebagai Bob sudahpun berniaga selama 12 tahun dan menjalankan perniagaan 70 peratus di atas talian.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top