Bawa Mulut,
19:13

Ep20. Rumah Ku Syurga Mu

19 Apr 2019

Ep 20. Rumah Ku Syurga Mu

Kepulangan Cik Sal dari bercuti di Langkawi bukanlah dengan pengalaman yang menggembirakan, tetapi pengalaman yang buruk tentang inapan keluarga di sana. Pelbagai masalah timbul menyebabkan percutian Cik Sal terganggu. Melihatkan adanya peluang membuat perniagaan dalam bidang inapan keluarga ini, Cik Sal dan Joy kembali bersatu sebagai satu kumpulan bersama-sama Rizal.

Isi Utama

Rizal mencadangkan beberapa cara yang boleh dilakukan oleh Cik Sal berkenaan perkhidmatan inapan keluarga. Secara amnya, perkhidmatan inapan keluarga dan rumah tetamu ada persamaan dari segi pengurusan namun yang membezakan keduanya ialah konsep dan pengisian aktivitinya. Bagi perkhidmatan rumah tetamu, usahawan boleh menggunakan cara sewa atas sewa. Jadi usahawan tidak perlu membeli dan menyewakan rumah sendiri. Berlainan pula dengan perkhidmatan inapan keluarga iaitu usahawan akan tinggal sebumbung bersama pelanggan dan mempunyai interaksi dengan mereka setiap hari. Usahawan perlu mengambil tahu undang-undang yang berkaitan agar dapat melindungi hak kedua belah pihak. Kedua-dua perkhidmatan ini mempunyai persamaan pengurusan seperti penyediaan ruang meletak kenderaan yang mencukupi dan penetapan harga sewa yang berpatutan dengan mengambil kira kos penyelenggaraan rumah atau bilik. Kedua-dua perkhidmatan ini sangat bergantung dengan khidmat pelanggan daripada usahawan kerana perkara ini menjadi faktor penyumbang kepada ulasan pelanggan.

Fakta Menarik

Laporan terkini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menunjukkan peningkatan kadar penghuni inapan dari Januari hingga Februari 2019 berbanding tahun 2018 membuktikan perkhidmatan inapan keluarga mendapat sambutan dari para pelancong.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top