Bisnes Makeover,
16:58

Ep199. Usahawan Rumah Tumpangan Bertapak Dengan Sendiri

02 Sep 2019

Ep 199. Usahawan Rumah Tumpangan Bertapak Dengan Sendiri

Bicara Makeover pada episod ini membincangkan topik perniagaan rumah tumpangan. Sebelum itu, apakah ayat yang dikongsi oleh Nana Mahazan dalam segmen Let’s Motivasi Business? Perniagaan rumah tumpangan yang tumbuh seperti cendawan ini mempunyai beberapa agensi yang membantu usahawan untuk memasarkan rumah tumpangan mereka dengan lebih cepat dan efektif. Antara laman web yang memudahkan pelanggan untuk mendapatkan rumah tumpangan ialah Airbnb, booking.com, Trivago dan sebagainya. Bersama Encik Mohd Faid Amsyar, pengawai financing unit PUNB, Encik Faid Amsyar berkongsi peranan pihak PUNB dalam bidang perniagaan rumah tumpangan.

Isi Utama

Perniagaan rumah tumpangan selain homestay sering dilakukan secara persendirian tanpa mendaftarkan syarikat. Sesetengah usahawan hanya perlu mengikuti kriteria agensi seperti Airbnb sebelum mengiklankan premis mereka di laman web tersebut. Namun begitu, timbul beberapa persoalan seperti bagaimana agensi seperti PUNB, MARA, dan sebagainya untuk memberikan pembiayaan kepada usahawan dan jika usahawan rumah tumpangan melakukanya secara sendirian, bagaimana cara untuk agensi membantu mereka dalam segi pembiayaan. Menurut Encik Mohd Faid Amsyar, konsep Airbnb merupakan lebih kepada pelaburan daripada perniagaan. Encik Faid Amsyar berkongsi cara usahawan rumah tumpangan dapat memohon pinjaman daripada pihak PUNB.

Fakta Menarik

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad bermula pada tahun 1991.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top