Bicara Ekspres,
8:39

Ep199. Hard Sell ke Soft Sell? – Ulasan Deejay

23 Aug 2019

Ep 199. Hard Sell ke Soft Sell? – Ulasan Deejay

Minggu ini, Bicara Ekspres datang dengan topik yang berlainan dari minggu-minggu lalu, yakni hard sell berbanding soft sell. Apa itu soft sell? Apa itu hard sell? Pada yang berpengalaman, mungkin sudah biasa. Tapi kepada usahawan baru dan masyarakat di luar sana, pasti tertanya-tanya beza kedua-dua ini. Oleh itu, deejay Arizal akan mengulas sedikit sebanyak tentang kedua-dua hard sell dan soft sell untuk membuka tirai minggu ini.

Isi Utama

Hard sell dan soft sell adalah dua cara yang berbeza dalam membuat ‘copy writing’ dalam membuat ayat untuk di letakkan di media sosial, iklan dan sebagainya. Secara mudahnya, hard sell adalah teknik membuat jualan/pemasaran secara terang-terangan dengan niat menjual. Manakala soft sell adalah lebih lunak dan mesra pelanggan dengan tujuan untuk menarik perhatian dan menambat hati pelanggan baru. Kedua-dua cara ada baik dan buruknya.

Fakta Menarik

Meski gabungan kedua-dua hard sell dan soft sell adalah lebih baik bagi memasarkan produk serta berjual beli dengan pelanggan, bukan mudah ya nak gabungkan teknik ini!

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top