Bicara Ekspres,
14:05

Ep198. Nak Ego Biar Kena Pada Tempatnya

15 Aug 2019

Ep 198. Nak Ego Biar Kena Pada Tempatnya

Dalam episod ini, Bicara Ekspres bersama-sama Muhammad Adil Mohammad, tetamu terakhir bagi topik ego yang mengusahakan Dilraf Exclusive. Beliau yang tidak lokek ilmu sudi berkongsi lebih terperinci mengenai perniagaan beliau di samping mengutarakan pandangan beliau mengenai topik ego yang menjadi tumpuan minggu ini.

Isi Utama

Adil berasakan ego adalah sesuatu yang baik, namun hanya perlu digunakan pada tempat yang betul sahaja. Satu contoh apabila ingin berjual beli dengan rakan-rakan, sedikit ego adalah perlu untuk kekal dengan pegangan sendiri supaya tidak rugi apabila berniaga. Namun apabila dinasihati dan mendapat feedback, perlu diterima dengan hati terbuka supaya boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti perniagaan.

Fakta Menarik

Bermula dengan idea ketika membuat reka bentuk untuk pelbagai jenis perniagaan, Aidil kini memiliki jenama pakaian khusus untuk kaum Adam yang bermula sejak tahun 2017 yang diusahakan secara atas talian sepenuh masa.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top