Bisnes Makeover,
22:23

Ep198. Mindset Usahawan Memainkan Peranan Penting

02 Sep 2019

Ep 198. Mindset Usahawan Memainkan Peranan Penting

Bicara Makeover episod kali ini menampilkan usahawan pastry bakery. Nana Mahazan menemubual Cik Walia, pemilik Walkitchen. Bermula dengan rasa minat terhadap bakeri dan pastry sejak zaman sekolah lagi, Walkitchen mula bertapak sejak setahun yang lepas. Menu paling laris Walkitchen ialah Baby Cream Puff.

Isi Utama

Ditanya tentang strategi pemasaran, Cik Walia berkongsi beberapa strategi pemasaran yang dilakukan olehnya sepanjang setahun perniagaannya. Antaranya ialah zero cost marketing dan loyalty ticket yang diberikan kepada pelanggan. Walaupun operasi Walkitchen masih dijalankan di rumah, namun untuk jangka masa yang panjang, Cik Walia ingin memiliki sebuah kedai. Menurut CIk Walia, beliau memerlukan suntikan modal sebanyak RM10,000 unuk memperkembangkan lagi perniagaan dari segi branding kotak dan premis sendiri.

Dalam segmen Cuba Try Test Share, Encik Mohd Faid Amsyar, Pengawai Financing Unit PUNB ditemubual untuk memberikan pandangan dan tips. Encik Amsyar berkongsi sebab-sebab agensi tidak meluluskan pembiayaan. Selain itu, Encik Faid berkongsi cara pihak PUNB membuat credit checking terhadap usahawan yang memohon pembiayaan.

Fakta Menarik

Cik Walia telah mengubahsuai sebuah tempat khas di rumahnya untuk menjalankan operasi Walkitchen.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top