Bisnes Makeover,
20:14

Ep197. Persaingan Bukan Lawan Tetapi Kawan

02 Sep 2019

Ep 197. Persaingan Bukan Lawan Tetapi Kawan

Bicara Makeover pada episod ini menampilkan topik perniagaan kontraktor. Apakah yang bakal dikongsi oleh Nana Mahazan dalam segmen Let’s Motivasi Business? Dalam segmen Tolong Makeover, Nana Mahazan menemubual Encik Muhammad Aiman, pemilik A Z Pro Progated Services. Encik Muhammad Aiman menjalankan perniagaanya sejak tahun 2016.

Isi Utama

Encik Muhammad Aiman tidak menggunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaannya. Malah, apa yang dilakukan oleh Encik Aiman ialah dengan menyertai panel building untuk mendapatkan tender. Namun begitu, Encik Aiman masih tidak menang tangan melayan pelanggan yang bertanya di WhatsApp, iaitu cabaran perniagaan yang terbesar bagi Encik Aiman. Bantuan yang diperlukan olehnya ialah modal sebanyak RM100,000 dan dalam segmen Cuba Try Test Share, Encik Mohd Faid Amsyar, Pengawai Financing Unit PUNB berkongsi beberapa tips dan cara untuk memohon pembiayaan dengan pihak PUNB. Bagi usahawan yang bekerja sendiri tanpa bantuan pekerja, pihak PUNB menawarkan working capital financing.

Fakta Menarik

Encik Aiman menjalankan perniagaanya secara berseorangan dan tidak mempunyai pekerja untuk membantunya.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top