Bicara Ekspres,
16:10

Ep197. Ego: Bukanlah Satu Nilai Murni

15 Aug 2019

Ep 197. Ego: Bukanlah Satu Nilai Murni

Masih lagi dengan topik ego yang meruntuhkan bisnes, Bicara Ekspres pada minggu ini berkesempatan menemubual Tan Kim Leong yang mengusahakan Pusat Tusyen Integriti Jaya. Beliau tidak lokek berkongsi lebih lanjut mengenai perniagaan beliau di samping memberikan pandangan beliau mengenai sifat dan sindrom ego yang tidak membantu dalam menjalankan perniagaan.

Isi Utama

Leo berpendapat bahawa ego adalah suatu nilai yang tidak terlalu elok, apatah lagi apabila sudah terlalu degil untuk mendengar pendapat daripada orang lain. Seharusnya perlu dibuang perasaan terlalu bagus dan diganti dengan sifat rendah diri, apatah lagi dengan fakta bahawa akan ada seseorang yang lebih baik di luar sana.

Fakta Menarik

Tan Kim Leong lebih mesra dikenali sebagai Leo, beliau telahpun mengusahakan perniagaan Pusat Tusyen Integriti Jaya sejak tahun 2014. Bermula daripada mengajar di rumah, Leo mula membuka pusat tuisyen dengan bantuan rakan kongsi apabila semakin ramai pelajar mendaftar untuk belajar dengan beliau. Kini graduan jurusan akaun ini sudahpun mengajar lebih daripada 300 orang pelajar daripada pelbagai matapelajaran dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top