Bisnes Makeover,
21:10

Ep196. Feedback Customer Kunci Emas Perniagaan

02 Sep 2019

Ep 196. Feedback Customer Kunci Emas Perniagaan

Episod Bicara Makoever kali ini menampilkan dua segmen terbaru iaitu Let’s Motivasi Business dan Pepatah Business. Dalam segmen Tolong Makeover, Nana Mahazan menemubual usahawan pakaian kelengkapan haji dan umrah, Puan Nur Atika. Puan Nur Atika merupakan pengasas Azirah Collection. Azirah Collection bermula pada tahun 2018 secara atas talian. Pada Oktober 2018, Puan Nur Atika membuka sebuah kedai mini.

Isi Utama

Puan Nur Atika mengatakan pasaran perniagaan kelengkapan haji dan umrah meluas dan beliau mengambil peluang ini untuk memulakan perniagaannya. Perniagaan yang masih setahun jagung ini hanya menggunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaannya. Tambahan lagi, Puan Nur Atika menggunakan strategi mengumpulkan feedback customer untuk membina kepercayaan dengan bakal pelanggan. Puan Nur Atika berkongsi persaingan merupakan salah satu cabaran dalam menjalankan perniagannya.

Segmen Cuba Try Test Share menampilkan Coach Shidi yang bakal memberi beberapa tips marketing dan content yang boleh digunapakai oleh usahawan seperti Puan Nur Atika. Antara tips yang dikongsi ialah cara usahawan untuk mendapatkan lebih ramai lagi pengikut di Instagram dan tips viralkan lagi produk.

Fakta Menarik

Puan Nur Atika merupakan perintis PUNB yang dihantar ke syarikat pengeluaran pakaian haji dan umrah.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top