Bicara Ekspres,
22:05

Ep196. Ego: Adalah Hasil Dari Keadaan Fikiran

15 Aug 2019

Ep 196. Ego: Adalah Hasil Dari Keadaan Fikiran

Episod podcast Bicara Ekspres pada kali ini pula berkesempatan untuk bersama-sama dengan pengusaha serta tonggak belakang SK Consultation iaitu Siti Khadijah Ghazali yang memfokuskan kepada khidmat perundingan untuk menghasilkan produk-produk halal dan berkualiti khusus untuk pengguna Muslim di Malaysia. Dengarkan perkongsian beliau mengenai latar belakang beliau dan pendapat mengenai sifat atau sindrom ego dalam menjalankan perniagaan.

Isi Utama

Ego pada pandangan Kathy adalah suatu ‘state of mind’, yang mana pengusaha perniagaan akan merasakan diri mereka lebih baik daripada orang lain dan enggan menerima nasihat daripada orang sekeliling. Kathy selaku perunding seringkali menemukan pelbagai pelanggan yang memiliki ego dan tidak mahu mendengar nasihat yang ditawarkan sebagai sebahagian daripada khidmat perundingan beliau. Dari segi peribadi, Kathy sendiri merupakan seorang yang ego dan sukar menerima idea orang lain sebelum sesuatu berlaku dalam hidupnya yang menyebabkan beliau sedar akan kesilapannya.

Fakta Menarik

Lebih mesra dikenali sebagai Kathy, Siti Khadijah merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan kualiti dari Universiti Kuala Lumpur cawangan Pasir Gudang, beliau turut mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam bisnes beliau.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top